Lee Min-ho Akui Peminat Rosé Blackpink – “Gembira Tahu Dia Nyanyi Untuk Drama Baru”

WorldEntertainment
20 Aug 2024 • 2:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon popular Korea, Lee Min-ho akui dia merupakan peminat kepada salah seorang anggota kumpulan BlackPink iaitu Rosé dan suka mendengar suara nyanyian wanita itu.

Menerusi satu hantaran di X, satu akaun peminat kumpulan Blackpink iaitu Blackpink Global telah memuat naik satu video memaparkan temu bual Lee Min-ho untuk musim kedua drama ‘Pachinko’.

Lee Min-ho akui peminat Rosé

image is not available

Menurut Lee Min-ho, dia sudah lama meminati suara Rosé disamping menyuarakan keterujaannya selepas menerima berita wanita itu akan menyanyikan lagu ‘Viva La Vida’.

“Rose adalah penyanyi dengan suara yang saya sangat suka dan bila dapat tahu dia akan nyanyikan lagi ‘Viva La Vida’, untuk Pachinko, saya berasa sangat gembira,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Lee Min-ho juga menyuarakan pendapatnya dan berkata nada dan nyanyian Rosé sangat sesuai kerana ia menambah emosi pada trailer drama ini.

Tidak cukup dengan itu, pelakon berusia 37 tahun itu juga mendedahkan dia merupakan peminat kepada Rosé dan teruja untuk mendengar suara wanita itu.

“Jadi, sebagai seorang peminat, saya sangat seronok mendengarnya,” luahnya.

Sekadar info, Rosé telah menyanyikan semula lagu ‘Viva La Vida’ nyanyian asal oleh Coldplay dan ia dimainkan dalam trailer untuk Pachinko 2 yang bakal mula bersiaran 23 Ogos ini.