“Abah saya bukan tidur dalam surau, dia cuma baca Al-Quran, tunggu Dhuha lepas tu nak balik” – Anak Pakcik Yang Dihalau Dari Surau Halaman 11

Entertainment
28 Jun 2025 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh diperkatakan di media sosial kisah seorang pakcik yang diminta beredar dari beribadat di sebuah surau di Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu semalam.

Pihak AJK musolla tersebut telah menjelaskan perkara sebenar tentang kejadian itu di mana tindakan tersebut yang dilakukan oleh seorang wanita (si perakam video) yang bukanlah AJK surau. Boleh baca penjelasan pihak AJK Musolla Halaman 11 di sini.

Susulan video yang tular itu, seorang individu yang dipercayai merupakan anak lelaki kepada pakcik berkenaan telah meluahkan kekesalannya terhadap tindakan wanita itu yang meminta bapanya itu beredar dari musolla berkenaan.

image is not available

Menurut anak pakcik tersebut, bapanya telah ke surau itu untuk solat Subuh dan selepas solat, bapanya akan duduk sebentar di rumah ibadah itu membaca Al-Quran sambil menunggu waktu solat Dhuha. Selepas selesai solat Dhuha, barulah bapanya itu akan pulang.

“Abah saya bukan tidur dalam surau. Bukan buat bising. Bukan ganggu sesiapa. Dia cuma duduk diam, baca Quran, tunggu waktu Dhuha lepas tu nak balik.

Kalau beginilah layanan kita terhadap orang tua yang datang ke rumah Allah, apa yang tinggal pada kita sebagai masyarakat? Kita jaga surau, ya. Tapi jangan sampai kita jaga bangunan, tapi lupa jaga adab, “ tulisnya.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.