
Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi mengaku masih mempunyai rasa sayang dan cinta terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Lapor mStar, pengakuan itu dibuat Hafidz ketika memberi kenyataan ringkas kepada media di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru selepas diikat jamin RM4,000.

Walaupun rumah tangga mereka dilanda konflik, pelakon ini berharap dia dan Shuhada dapat menyelesaikan cara baik dan berdamai.
Ketika ditanya adakah dia akan menyelamatkan rumah tangga yang dibina, Hafidz berkata dia akan mencuba yang terbaik.
Hafidz Roshdi rindu, sayangkan anak-anak
Menerusi TikTok Xtra, Hafidz menerusi satu kenyataan berkata dia tak menyangka akan didakwa di mahkamah di atas tuduhan mencederakan orang yang dia sayangi.
Di antara momen-momen indah adalah apabila berumahtangga dengan pilihan hati saya, Nurul Shuhada binti Mat Shukri.
Katanya lagi, hari ini merupakan paling suram dalam hidupnya namun reda dengan takdir Allah SWT. Dia juga meluahkan rasa rindu dan sayangkan dua anaknya iaitu Humairah dan Umar.

![[VIDEO] Hafidz masih sayang isteri, mahu berbaik](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
