Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Bekas Isteri, Hakim Perintah Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia

13 Mar 2023 • 12:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini, atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Nurul Syuhada dalam kejadian yang berlaku pada 2 Mac lalu - Gambar Fail

Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini, atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Nurul Syuhada dalam kejadian yang berlaku pada 2 Mac lalu.

Hafidz membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, Hakim juga memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Perintah itu dibuat selepas hakim menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nuril Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, Hafidz dipercayai telah menumbuk muka Nurul Syuhada sehingga cedera di bahagian bawah mata dan terpaksa menerima 10 jahitan. Disebabkan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga Nurul Syuhada. - Getaran, 13 Mac 2023