“Abah Sudah Tiada, Duit Daripada Stesen Televisyen Masih Belum Dapat” – Amir Raja Lawak

LocalEntertainment
23 Sep 2025 • 5:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Amir Raja Lawak meluhakan rasa terkilan apabila pihak stesen televisyen terkenal tidak membuat bayaran tunggakan kepadanya sehingga bapanya, Azmi Deris, 67, meninggal dunia malam tadi.

Kata pelawak berusia 36 tahun itu, sebelum ini dia sangat terdesak untuk mendapatkan wang berjumlah RM18,000 tersebut untuk membayar kos rawatan bapanya yang menghidap kanser usus.

Perjuangan untuk dapatkan duit itu setakat ini saya belum dapat apa-apa daripada pihak berkenaan. Tindakan selepas ini, saya tidak ada fikir apa-apa lagi. Biarlah dulu, harap bayarlah. Kerana sebelum ini saya terdesak untuk kegunaan abah, beli katil dan sebagainya.

image is not available

Amir menambah, dia sangat bersyukur kerana ramai pihak tampil meringankan bebannya dan keluarga termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sementara itu, Amir juga berkata sepatutnya hari ini dia perlu ke Kuala Lumpu untuk menghadiri sidang akhbar Muzikal Lawak Super Star pada jam 2 petang.

Saya juga mendapat tawaran berlakon filem bersama Prof A.Razak Mohaideen. Walaupun begitu, saya akan tetap tinggal di Kelantan dan berulang alik ke Kuala Lumpur jika ada peluang pekerjaan.

image is not available

Terdahulu, bapa Amir menghembuskan nafas terakhir dengan tenang pada jam 10.52 malam tadi di Hospital Pakar USM Kubang Kerian disamping semua ahli keluarga.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali, Kubang Kerian pada jam 10.15 pagi tadi.

image is not available 2025-09-23 13:41:45

Amir Raja Lawak Reda, Arwah Bapa Pergi Dengan Tenang - "Sepanjang Abah Sakit, Saya Puas Hati Apabila..."