Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

LocalEntertainment
23 Sep 2025 • 7:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bapa Amir Raja Lawak iaitu Azmi Deris menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, malam tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan pelawak berusia 36 itu menerusi hantaran di Facebook.

Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi ( Abe Mie Usm ) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.

 

Menerusi hantaran berlainan, Amir turut memaklumkan jenazah arwah bapanya akan disembahyangkan pada jam 9 pagi ini di Masjid Desa Rahmat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian.

Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah abah saya.

image is not available

Sebelum ini, sekitar pertengahan Julai lalu Amir memaklumkan bapanya menghidap kanser usus dan berada dalam keadaan semakin uzur dan lemah.

image is not available 2025-08-23 14:18:59

Kongsi Keadaan Terkini Bapa, Amir Raja Lawak Mahu RM18K Dibayar 'Lump sum' - "Makin Uzur, Dia Tak Boleh Jalan..."