Abai notis temu siasat, JPJ minta bantuan polis kesan suami Fatin Afeefa

3 Jul 2023 • 11:20 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur Erick Jusiang berkata, tindakan suami kepada pelakon Fatin Afeefa yang mengabaikan notis temu siasat itu sebagai satu tindakan mencabar pihak JPJ.

Menerusi laporan dari Harian Metro, notis tersebut dikeluarkan adalah untuk membantu siasatan susulan penggunaan nombor pendaftaran ‘QPA1’ yang tidak didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.

image is not available

Menurut Erick Jusiang, notis tersebut telah dihantar ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari Opai tidak hadir untuk memberi sebarang keterangan kepada pihak JPJ.

image is not available

JPJ Minta Bantuan Polis Keluarkan Waran

Disebabkan itu, pihak JPJ minta bantuan polis untuk mencari Opai.

“Kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah.”

image is not available

Terdahulu, suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Opai dikecam teruk oleh netizen disebabkan videonya menghina kenderaan bukan ‘super car’ di sebuah acara pertunjukan kereta tular.

Sumber : Harian Metro @Muhaamad Hafis Nawawi