‘Abang Adik’ Menang Filem Terbaik Di Los Angeles di Asian World Film Festival 2024

Entertainment
23 Nov 2024 • 9:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Filem Malaysia yang berjudul ‘Abang Adik’ yang mengisahkan tentang dua orang adik beradik tanpa kewarganegaraan telah menempa nama dunia apabila filem arahan Jin Ong itu telah memenangi Anugerah Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 di Los Angeles, Amerika Syarikat semalam.

Memetik laporan Astro AWANI, pelakon utama filem tersebut iaitu Wu Kang-ren turut meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di festival filem itu.

Difahamkan, Anugerah Filem Terbaik itu diraih oleh filem ‘Abang Adik’ tersebut setelah filem berkenaan berjaya mengatasi pencalonan filem-filem dari negara-negara Asia yang lain.

image is not available

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi Facebook turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian filem Abang Adik yang memenangi dua anugerah berkenaan.

image is not available

Aungerah yang dirangkul oleh filem ini sekali gus menunjukkan bahawa filem tempatan juga mempunyai potensi untuk menyerlah di persada antarabangsa.

Kalau korang belum tonton filem ini, boleh tengok dulu trailer filem ini sebelum tonton filem penuh di Netflix.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.