Seorang pemuda yang dikenali sebagai Abang Bas dah botak ketika tiba di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, di sini, hari ini.
Tertuduh berusia 24 tahun itu dilihat hadir memakai baju berwarna hitam sebaik tiba di perkarangan mahkamah jam 9.30 pagi bagi pertuduhan memuat naik komen jelik berhubung video seorang kanak-kanak perempuan.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh.
Abang Bas dah botak
Suasana bertambah pilu apabila bapa kepada Abang Bas muncul ketika kenderaan membawanya menanti ketibaan lelaki itu sambil ditemani ahli keluarga lain.
Sejurus melihat Abang Bas dalam kereta, mereka berpelukan sambil menangis teresak-esak dan memohon anak bongsu itu bersabar.
“Sabar Din, kami ada,” demikian kata seorang ahli keluarga kepada ‘Abang Bas.
@buletintv3 Kasih keluarga sepanjang masa.. Ahli keluarga "Abang Bas" tidak dapat menahan perasaan hiba ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Johor pagi tadi. ‘Abang Bas’ sekali lagi didakwa hari ini atas pertuduhan menggunakan aplikasi TikTok dengan menghantar komen jelik dalam videonya, bulan ini. BuletinTV3 AbangBas Mahkamah Sedih TikTok
♬ original sound - BuletinTV3 - BuletinTV3
Difahamkan, kenderaan polis membawa Abang Bas menunggu seketika selepas dimaklumkan bapanya dalam perjalanan ke mahkamah untuk melihat anaknya.
Abang Bas turut dilihat menghadiahkan ‘mini love’ kepada ahli keluarganya sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.



Artikel lain: Abang bas menangis, mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan amang s*ksual kanak-kanak
Terdahulu, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibacarakan selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Osman Affendi Mohd Shalleh.
Dia berhadapan tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar dengan keseluruhan ikat jamin RM40,000 dikenakan terhadapnya.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen Muar selari dengan Sesyen 165 Kanun Tatacara Jenayah dengan 10 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Terdahulu, tular di TikTok seorang lelaki menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Tindakan itu diambil selepas melihat hasil kandungan Abang Bas yang bertindak menyentuh bibir, mengusap kepala dan membetulkan tudung murid sekolah yang berada di dalam bas dipandu olehnya.
Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial.
Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani), TikTok buletintv3, Kosmo! Online (Adnan Ibrahim)

