Gara-Gara Komen ‘Hari Ini Crush Buat Homework’, ‘Abang Bas’ Didakwa Sekali Lagi – “Sabar Din, Keluarga Ada…”

LocalEntertainment
12 Sep 2024 • 2:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekali lagi, lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ dihadapkan di mahkamah dan kali ini adalah kerana komen jeliknya ditulis di TikTok dalam satu hantaran video.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan TikTok dengan nama akaun ‘Abang Bas’ yang secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan kapsyen ‘hari ini crush kita buat homework’ diikut tanda ‘love’ sambil memerhatinya.

Tertuduh berusia 24 tahun, bagaimanapun mengaku tida selepas pertuduhan dikemukakan dan memohon agar kesnya dibicarakan.

image is not available

Sementara itu, bapa dan kakaknya yang hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan terhadap pemuda itu sempat memeluknya sebelum dibawa pergi. Difahamkan, kenderaan polis membawa ‘Abang Bas’ menunggu seketika selepas dimaklumkan bapanya dalam perjalanan ke mahkamah untuk melihat anaknya.

“Sabar Din, kami (keluarga) ada”, kata ahli keluarganya sebelum pemuda itu menghadiahkan ‘mini love’ kepada mereka.

image is not available

image is not available

Secara keseluruhan, dia menghadapi tiga pertuduhan, dengan dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar. Jumlah keseluruhan ikat jamin yang dikenakan terhadapnya adalah RM40,000.

image is not available

image is not available 2 days ago

"Emak Rindu.. Beberapa Hari Tak Ada Abang Bas Baring Dalam Bilik & Sembang-Sembang" - Kakak Abang Bas