Abang bomba teruja mahu tawan puncak Everest

7 Apr 2025 • 5:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gunung Everest yang mempunyai ketinggian 8,849 meter terletak di antara Nepal dan Tibet.

SEPANG - Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa menzahirkan perasaan teruja dan yakin mampu menawan puncak tertinggi dunia iaitu Gunung Everest.

Anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) di Pengkalan Udara Wilayah Tengah itu berlepas jam 8 malam selepas menjalani sesi latihan intensif selama tiga tahun di luar negara.

"Keadaan kesihatan saya juga berada dalam keadaan terbaik. Sekiranya cuaca baik, Insya-ALLAH akan berjaya," katanya pada Isnin.

Tedahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisyam Mohammad menyempurnakan pelepasan Projek Pendakian Amal Bomba de Everest, Mencari Hati Emas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1.

Beliau menyifatkan usaha Mohd Fakhrul,43, sebagai pengorbanan yang amat besar memandangkan anak jati Sik, Kedah itu membawa nama jabatan dan negara ke persada dunia.

"Beliau secara sukarela telah mengambil cuti tanpa gaji untuk melakukan persiapan rapi sebelum sampai ke peringkat akhir ini," katanya.

Gunung Everest yang mempunyai ketinggian 8,849 meter terletak di antara Nepal dan Tibet.

Ia merupakan satu daripada tujuh gunung tertinggi di dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved