
"Saya sedang tunggu pengesahan jika benar itu dia (Nur Farah Kartini)," kata penyelia wanita mengenai penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 yang dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang Rabu lalu.
Wanita yang enggan dikenali itu berkata, setakat ini dia tidak menerima sebarang maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan.
"Saya dimaklumkan abang kepada Nur Farah Kartini dalam perjalanan ke lokasi (penemuan mayat)," katanya.
BERITA TRENDING: Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali
BERITA TRENDING: Penjawat Awam Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah Kartini
Sumber: Harian Metro

