Abang Grab Cina Dipuji, ‘Effort’ Buat Deko & Pasang Lagu Raya Untuk Penumpang – “Meriahnya, Bagi Dia 5 Star”

24 Mar 2025 • 12:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina mendapat pujian ramai netizen di media sosial selepas salah seorang penumpangnya berkongsi tentang hiasan di dalam kereta lelaki itu.

Menerusi Threads, penumpang tersebut berkongsi video memaparkan dekorasi dilakukan pemandu berkenaan bertemakan Hari Raya Aidilfitri dan dia berasa gembira dengan hal berkenaan.

Dekorasi tersebut terdiri daripada hiasan juadah Raya iaitu ketupat serta turut mempunyai lampu lip lap!

Pagi tadi ‘on the way’ pergi kerja naik Grab. Sangat menghargai usaha dia walaupun Cina. Dekorasi raya dalam kereta buat kita ‘happy’, tambah pasang lagu raya ye. Kita anak Malaysia.

 

View on Threads

 

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai di Threads dan rata-ratanya memuji pemandu e-hailing berkenaan di atas usahanya menggembirakan penumpang Islam yang bakal menyambut Hari Raya tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut berkata pemandu sebegitu layak diberikan rating 5 bintang serta komen yang baik-baik.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

Berbeza Dengan Kejadian Di Kemaman, Netizen Puji Peniaga Pasar Malam Ipoh 'Guide' Pemandu Lalu Keluar