“Abang Jangan Kahwin Dulu!” – Peminat Indonesia Dedah Nenek Pun Suka Amir Ahnaf

Entertainment
22 Jun 2025 • 9:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia amir Ahnaf

Pelakon popular, Amir Ahnaf menerima satu mesej lucunya bukan main dari seorang peminat dari Indonesia yang meminta agar dia tidak cepat-cepat berkahwin.

Menurut laporan Oh Bulan, Dalam mesej yang dikirim menerusi Instagram, peminat wanita itu merayu agar Amir sabar dulu dan jangan buat keputusan tergesa-gesa kerana dia belum bersedia secara mental.

Abang, aku nak bagi saran sikit ya. Jangan cepat-cepat nak kahwin, please. Aku belum bersedia.

Pesan Amir Ahnaf jangan kahwin dulu!

image is not available

Peminat itu turut berseloroh bahawa walaupun dia kini ‘ditemani’ Mark Lee dari NCT, hatinya tetap untuk Amir.

Memanglah ada Mark Lee yang temani aku, tapi Abang tolong sangat jangan dulu kahwin. Aku belum cukup kuat.

Dia juga sempat menyentuh fenomena perkahwinan yang sedang tular di negaranya.

Di Indonesia ni tengah musim orang kahwin. Tapi Abang sabar je dulu ya, tenang, santai. Please sangat, mental aku belum bersedia.

Nenek pun suka Amir Ahnaf?

image is not available

Yang paling mencuit hati, peminat itu turut mendedahkan bahawa neneknya juga ‘jatuh cinta’ dengan Amir!

Nenek aku pun tengah jatuh cinta sangat dengan Abang. Jadi slow aje ya, abang sabar dulu.

Pssttt! Kadang-kadang sokongan peminat datang dalam bentuk yang tak disangka-sangka. Hargai kasih mereka, tapi buat keputusan hidup ikut masa dan hati sendiri.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.