Abang Jo Jamin Anak Sarawak Bakal Nikmati Pendidikan Tinggi Percuma Pada Tahun 2026

1 Jan 2024 • 1:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bertuahnya menjadi anak Sarawak

Abang Jo Jamin Anak Sarawak Bakal Nikmati Pendidikan Tinggi Percuma Pada Tahun 2026. Sarawak akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang menawarkan pendidikan tinggi percuma kepada semua anak negerinya pada tahun 2026.

Ini adalah salah satu sasaran utama yang diumumkan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak dalam perayaan Tahun Baru di Kuching Waterfront semalam.

image is not available

Beliau berkata, bahawa pendidikan tinggi percuma ini tidak akan mengenakan sebarang yuran atau caj kepada pelajar.

Beliau menambah, keputusan ini dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan negeri terhadap kekuatan ekonomi Sarawak yang akan bertambah maju dan stabil selagi rakyat Sarawak bersatu padu.

Sebelumnya juga, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee, berkata dasar itu boleh dipertahan menerusi model kewangan kukuh yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam tahun-tahun sebelum ini.

Pada 22 November lalu, Dr Annuar dilaporkan berkata, 25,000 penuntut Sarawak di negeri ini dijangka menerima manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma itu nanti.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca di bawah:

https://www.iloveborneo.my/abang-jo-rasmi-bendera-sarawak-ibu-pertiwi/

https://www.iloveborneo.my/perkhidmatan-doktor-udara-sarawak-januari/