Abang Mangsa Kemalangan Nafi Minta Sumbangan, Rayu Orang Ramai Beri Keterangan Pada Polis

Entertainment
18 Dec 2023 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasaannya, apabila ada kes kematian yang berlaku pasti ada pihak yang tiada common sense mengambil kesempatan atas kesedihan orang lain. Kononnya waris mangsa meminta bantuan kewangan atas nama mangsa yang sudah meninggal dunia.

Baru-baru ini, kecoh mengenai kemalangan seorang pelajar SPM, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh seorang pegawai polis berhampiran sekolahnya.

Namun, menerusi IG Story yang dikongsi oleh abang kepada mangsa, Zarul Fitri, dia memberitahu kepada umum bahawa keluarganya tidak menyediakan sebarang saluran dana berhubung kejadian ini.

image is not available

Tidak pernah meminta bantuan kewangan

Dalam IG Story itu, Zarul Fitri yang mewakili keluarganya memaklumkan kepada orang ramai bahawa mereka tidak pernah menyediakan sebarang saluran dana atas nama arwah Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.

Saya Zarul Fitri, abang kepada Allahyarhan Muhammad Zaharif Affendi, mewakili keluarga kami ini memaklumkan kepada semua bahawa pihak kami tidak pernah meminta atau menyediakan sebarang saluran dana atau bantuan kewangan berhubung kejadian ini.

Zarul Fitri juga mengingatkan kepada umum supaya tidak mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa keluarganya. Dia turut memohon agar orang ramai berdoa dan berharap keadilan berpihak kepada arwah adik.

Minta saksi tampil beri keterangan

Difahamkan, ada beberapa saksi melihat insiden yang berlaku kepada arwah adiknya. Oleh itu, Zarul Fitri dalam IG Story yang lain meminta bantuan kepada sesiapa yang ada di tempat kejadian untuk tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Ipoh.

Dia juga meminta sesiapa sahaja yang mempunyai bukti rakaman dashcam supaya berhubung dengannya melalui direct message (DM) di Instagram.

image is not available

Min harap kes ni dapat diselesaikan dengan adil.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.