Abang ‘sado’ bomba curi tumpuan, berarak sambil tayang otot

Music
31 Aug 2023 • 1:35 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Kehadiran abang bomba pada perarakan Hari Merdeka di Dataran Putrajaya berjaya mencuri tumpuan ramai apatah lagi apabila mereka menayangkan otot di atas jentera bomba.

Mendapat jolokan ‘abang sado’ sejak perarakan pada tahun lepas, kali ini kehadiran mereka terus mendapat tepukan meriah daripada penonton.

Mereka turun dengan membawa bersama sepanduk ‘Abang Bomba love You’ dan ‘Sayang kamu ketat-ketat’ yang ditujukan kepada peminat yang beratur untuk menyaksikan pasukan beruniform ini.

image is not available
Anggota bomba ketika melintasi pentas utama pada perarakan Hari Merdeka, di Dataran Putrajaya, hari ini. -Gambar Scoop, 31 Ogos, 2023

Abang bomba ini juga membawa bersama ayat-ayat manis ‘api itu panas tapi kamu penyejuknya’ sekali gus mendapat sorakan hebat.

Mereka merupakan sebahagian daripada pasukan beruniform yang berarak pada perarakan Hari Merdeka 2023 yang diadakan di Dataran Putrajaya hari ini. - 31 Ogos, 2023