Abang-Abang Bomba Viral Lagi, Kali Ni Tayang Sepanduk 'Sayang Kamu Ketat-Ketat'!

31 Aug 2023 • 12:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tahun lalu, aksi 'abang bomba' flex dari jentera rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika perarakan Hari Kebangsaan tular di sosial media.

Selain aksi spontan itu, jeritan 'abang bomba selamatkan saya' menjadi audio paling viral sepanjang tahun hingga sekarang.

Terkini, pastinya kemunculan pasukan 'abang bomba' dalam perarakan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya menjadi hal yang didamba dan dinanti-nantikan ramai.

Tidak tersilap telahan apabila beberapa klip aksi abang bomba di atas jentera rasmi mereka tular lagi tahun ini.

Dengan beruniform dan bert-shirt rasmi mereka, aksi sekumpulan abang bomba 'flex' otot lengan mengundang jeritan hadirin yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini.

Selain di lokasi, jeritan itu juga terbukti jelas kedengaran dalam siaran langsung yang dipancarkan di televisyen pada pagi Khamis.

Malah, ada juga yang sempat merakamkan aksi abang bomba memegang sepanduk 'sayang kamu ketat-ketat' yang ditularkan di media sosial.

Selain itu, turut mencuri tumpuan sepanduk tertulis; "Api memang panas, tetapi kamu penyejuknya"
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)





@utusantvofficial Rakyat zahir semangat patriotisme, cintakan negara pada sambutan Hari Kebangsaan 2023. ? RTM. #31ogos #merdeka #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ MALAYSIA - Faizal Tahir


image is not available