Abang sanggup tunggang motosikal dari Melaka demi hantar adik belajar di UUM

LocalFamily & Parenting
1 Oct 2024 • 5:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang abang sanggup tunggang motosikal dari Melaka demi hantar adik belajar di UUM telah mencuri perhatian ramai.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memaklumkan bahawa usaha yang dilakukan abang kepada pelajar baru universiti terbabit perlu diberi penghargaan.

Peniaga buah-buahan & adik gerak 2 hari sebelum pendaftaran

Difahamkan, Ee Tai Qing, 27 yang juga merupakan peniaga buah-buahan telah menunggang motosikal bersama adiknya, Ee Tai Zhi dari Melaka ke Sintok bagi mendaftar untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berkenaan pagi tadi.

image is not available

Abang sanggup tunggang motosikal, adik janji akan fokus belajar

Mereka yang tiba di Bangunan Canselori telah disantuni oleh Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Ee Tai Zhi memaklumkan yang dia akan mengikuti Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dan berjanji untuk memberi fokus apabila kuliah bermula.

“Saya tak menduga mendapat pilihan program yang saya minati dan ingin menimba pengalaman baru di Lembah Sintok.

“Saya berjanji untuk memberi tumpuan sepenuhnya dan mengambil segala ilmu yang diajar pensyarah berpengalaman,” katanya.

image is not available

Abang sanggup tunggang motosikal dipuji ramai

Perkongsian tersebut telah mendapat respon positif daripada warganet yang rata-rata mendoakan agar pelajar terbabit dapat memberikan yang terbaik sepanjang pengajiannya di universiti berkenaan.

Mereka juga memberi penghargaan kepada abang kepada pelajar terbabit kerana sanggup menghantar adiknya dengan motosikal walaupun memakan masa dua hari sejak untuk sampai ke Sintok dari Sungai Udang.

image is not available

Pengorbanan abang cukup hebat

image is not available

Semoga dapat belajar dengan bersungguh-sungguh

image is not available

Sekadar info, Ee Tai Zhi merupakan salah seorang pelajar dari 4,195 yang mendaftar di UUM Sintok pada pagi tadi dalam sesi kemasukan pelajar tahun 2024/2025.

Sumber: Facebook Universiti Utara Malaysia