Abang Tesla Pertama Kali ‘Up’ Gambar Bertiga, Bawa Dua Isteri Bercuti Dan Umrah

Entertainment
6 Sep 2023 • 10:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tindakan usahawan dan pempengaruh media sosial, Abang Tesla memuat naik video isteri menangis sebelum dimadukan mengundang kecaman ramai.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Abang Tesla mengeluarkan kenyataan bahawa isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai. Kecoh satu Malaysia sampai kena interview!

Terbaru, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam membuktikan dia hidup bahagia dengan dua isteri kesayangannya.

Jika sebelum ini dia dirakam menyuap isteri-isteri makan, kali ini Khal bawa mereka bercuti dan mengerjakan umrah pula. Alhamdulilah!

image is not available

Menerusi satu perkongsian di Facebook, usahawan ini dilihat berada di lapangan terbang sambil diapit kedua-dua bidadarinya.

Tulis Abang Tesla, itu adalah percutian pertama mereka bertiga dan destinasi yang dituju adalah Turki sebelum mengerjakan umrah.

image is not available

Di ruangan komen, orang ramai meninggalkan kata pujian dan bersyukur perkahwinan mereka baik-baik sahaja meskipun ramai yang mengkritik.

“Mereka bahagia tapi orang lain pula yang sakit hati. Isteri dia gembira tapi perempuan lain pula yang suruh dia berpisah,” kata netizen.

Apa-apa pun didoakan rumah tangga Abang Tesla kekal bahagia, poligami itu indah apabila kena caranya kan?

Kredit: Facebook Khal Iltizam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved