Abang Tesla Bawa Isteri-isteri Pergi Umrah & Bercuti, Netizen Tegur Wajah Isteri No 2 Macam Ira Kazar

Entertainment
6 Sep 2023 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tak kenal dengan Abang Tesla dan kontroversi yang melibatkan rumah tangganya?

Meskipun menerima pelbagai tohmahan, Abang Tesla nampaknya telah memuat naik update terbaru mengenai kehidupannya di media sosial untuk membuktikan bahawa dia dengan isteri-isterinya kini baik-baik sahaja.

Bawa dua isteri pergi umrah & bercuti

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Abang Tesla telah memuat naik gambarnya dengan dua isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bersama bagasi mereka.

Berdasarkan kapsyen, Abang Tesla mengatakan yang mereka akan pergi bercuti ke Turkiye dan menunaikan umrah buat kali pertama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khal Iltizam (@abg.tesla)

Malah Abang Tesla bersama kedua-dua isterinya juga nampak bahagia dan selesa bersama-sama.

“No. 2 pula dah macam Ira Kazar”

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai komen netizen yang mana rata-rata memuji wajah isteri pertamanya, Majdina yang kelihatan berseri-seri. Ada juga yang mengatakan wajah isteri kedua Abang Tesla mempunyai iras-iras Ira Kazar.

Pun begitu, ada yang memberi komen positif dan berharap pasangan ini bahagia dengan cara mereka tersendiri.

image is not available

Sebaiknya kita sebagai netizen doakan baik-baik jelah kan. Isteri pertama pun nampak makin happy je.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.