
Abang Tesla merayu agar netizen berhenti menyerang isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi kerana sedang dalam tempoh berpantang.
Menerusi Instagram, Abang Tesla turut meminta netizen teruskan memberi kata-kata semangat buat isteri pertamanya, Nurmajdina.
Dia juga berkata tidak kisah sekiranya hanya dia seorang menjadi sasaran kecaman warganet kerana semua salah datang daripadanya sendiri.
Saya merayu untuk serang saya sahaja. Saya betu-betul merayu untuk lemparkan kesalahan itu pada saya sahaja. Saya sanggup bersujud untuk minta maaf kalau saya menyakiti hati kalian. Saya sanggup buat apa sahaja janji korang tak ganggu mental mereka berdua.



Terdahulu, tular tentang perkongsian Nurmajdina di media sosial mendakwa dirinya telah dihina oleh keluarga madunya, Nursyafiqa Mohd Hanafi.
Malah, Nurmajdina turut akui sudah lama bersabar dengan sikap madunya namun segala pengorbanan yang dilakukan sama sekali tidak dihargai.

"Pewaris Khal Legacy" - Abang Tesla Kesal Status Facebook Individu Jadi Punca Perbalahan Isteri-Isteri
The post Abang Tesla Rayu Netizen Henti Serang Dua Isterinya – “Saya Sanggup Sujud Minta Maaf, Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

