
Sebelum ini, isteri pertama kepada Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari dilihat sudah hilang sabar dan mendakwa sering diganggu secara mental oleh keluarga madunya selepas tersebar mengenai kelahiran anak usahawan itu bersama isteri kedua.
Nurmajdina juga menunjukkan bukti alat ujian kehamilan di mana dia pernah mengandung dan tidak mandul.
BACA: Isteri Kedua Abang Tesla Dituduh Cuba Bolot Harta Lepas Lahirkan Anak? Isteri Pertama Hilang Sabar
Terbaru! Menerusi Instagram, Nurmajdina dilihat berkongsi satu foto menunjukkan dirinya dan Abang Tesla yang bekerja keras bersama untuk menaikkan syarikat Khal Legacy dari bawah sejak tahun 2020.

Ceh, 2020 kerja sama-sama duk sebelah-sebelah. Tahu-tahu naik pelamin duk sebelah-sebelah.
Abaikan office tak rupa office. Masa ini HQ sewa 1 lot je sekarang 5 lot dah 3 tingkat.
Sekadar info, perkahwinan mereka ini sudah berusia 5 tahun dan merupakan cinta pertama sejak berada di sekolah menengah lagi menurut Fuh.my.
Sebelum ini, isteri kedua telah dituduh mahu bolot harta selepas tular berita kelahiran putera sulung Abang Tesla yang dikongsikan seseorang dengan ayat yang kurang sedap.
Abang Tesla berharap netizen tidak menyerang isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi yang masih berpantang dan segala kecaman haruslah dilemparkan kepada dirinya sahaja kerana dia sebenarnya yang bersalah.

Jap!
