’Abang Topi Merah’ Ultras Malaya Undur Diri Lepas 17 Tahun Curah Bakti

Entertainment
13 Oct 2024 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang pernah tengok perlawanan Skuad Harimau Malaya, korang pasti pernah dengar sorakan yang menggamatkan kat stadium dari Ultras Malaya (UM). Dalam Ultras Malaya ni, ada sorang ketua atau Capo yang selalu pakai topi warna merah. Beliau lah Lekir, yang mengepalai sorakan untuk pasukan kebangsaan kita.

image is not available

Terkini Capo Ultras Malaya, Lekir Hj Ahmad mengumumkan beliau tidak lagi akan bersama gerakan penyokong skuad kebangsaan itu selepas mengumumkan persaraan pada Ahad.

Pengumuman yang dibuat di Facebook beliau itu menyaksikan tiada lagi kelibat Lekir dalam ‘curva’ UM setiap kali berlangsung perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya selepas ini.

image is not available image is not available

Lekir telah memimpin UM sejak penubuhannya pada 2007.

Pengunduran Lekir daripada UM mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan mereka turut mengucapkan terima kasih di atas segala pengorbanan Lekir ketika menyokong pasukan bola sepak kebangsaan.

Aksi UM seterusnya dijangka pada saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada hujung tahun ini dibawah pimpinan capo baharu.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.