'Abang treler' bantu angkut penunggang motosikal terperangkap banjir

20 Mar 2025 • 6:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Treler membantu penunggang motorsikal yang terperangkap dalam banjir di bandaraya Johor Bahru.- Foto tular

image is not available
Keadaan lalu lintas yang sesak di bandar raya Johor Bahru susulan banjir. - Foto tular

JOHOR BAHRU - Tindakan sebuah treler mengangkut penunggang motosikal meredah laluan dinaiki air di pusat bandar raya pada petang Khamis, mendapat pujian ramai.

Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan treler berkenaan melalui Jalan Tebrau susur ke lebuhraya EDL di depan pasar borong Pandan.

Hujan lebat sejak Rabu menyebabkan beberapa laluan utama di bandar raya di sini dinaiki air dan berlaku kesesakan luar biasa.

**media[3053598]**

Menerusi ruang komen, pelbagai pujian diberikan terhadap sikap prihatin pemandu treler terbabit yang sanggup membantu menumpangkan penunggang-penunggang yang terperangkap di laluan berkenaan.

"Mulianya hati pemandu lori itu."

"Alhamdulillah.....terima kasih abang treler....ramai orang baik dalam dunia ni...syukur selalu."

"Moga dimudahkan urusan pemandu lori dan diluaskan rezeki."