Air Makin Naik, Treler Bantu Angkut Penunggang Motosikal Terkandas Banjir

20 Mar 2025 • 9:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Negeri Johor ketika ini sedang diuji apabila dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sehingga air makin naik dan melimpahi jalan-jalan utama di sekitar Johor Bahru serta beberapa lokasi lain.

Susulan daripada itu, kenderaan-kenderaan ringan banyak yang terkandas disebabkan air makin naik dan jalan yang biasa dilalui ditenggelami bah sehingga menyukarkan para pemandu serta penunggang motosikal untuk meredahnya kerana sangat berisiko.

Abang treler tolong rider sebab air makin naik

Disebabkan itu, tular di media sosial apabila satu akaun TikTok dikenali sebagai puanlove1 berkongsi video tindakan sebuah treler yang mengangkut penunggang motosikal bersama motosikal mereka menaiki kenderaan berat tersebut untuk meredah banjir.

image is not available

Kawasan sekitar Johor Bahru air makin naik

Situasi tersebut berjaya dirakam oleh penunggang motosikal yang berada di pinggir jalan kerana terkandas disebabkan banjir tersebut.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Pandan, Johor dimana air banjir sudah pun memasuki jalan utama sehingga sukar untuk dilalui kenderaan ringan.

image is not available

Ramai ucap terima kasih kepada Abang Treler

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan terima kasih kepada pemandu treler kerana memberikan bantuan kepada penunggang motosikal yang terkandas ketika itu.

Mereka juga mendoakan urusan pemandu berkenaan dipermudah serta berharap agar banjir yang sedang melanda negeri Johor segera pulih dalam masa terdekat.

image is not available

Ada yang berseloroh kata macam raptai merdeka

image is not available

Semoga dipermudahkan urusan orang baik

image is not available

Impian para lelaki bawa motor atas lori

image is not available

Sekadar info, beberapa kawasan di Johor khususnya di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian, dan Kluang terjejas susulan hujan lebat berterusan sejak semalam sehingga mengakibatkan air naik.

Lebih 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang terlibat dan dijangka jumlahnya akan bertambah.

Sumber: TikTok puanlove1