Abang Viva cuba ‘turun’ ke Pantai Timur, tengah kumpul modal & orang untuk ke sana

LocalPolitics
28 Nov 2024 • 10:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
abang viva

Setiap kali banjir berlaku, individu dikenali sebagai Abang Viva kerap menjadi sebutan selepas kisahnya tular beberapa tahun lalu susulan memberikan bantuan untuk mangsa banjir di kawasan-kawasan terjejas.

Susulan daripada itu, menerusi perkongsian di Facebook, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar telah memuat naik hantaran menyuarakan kegusaran melihat situasi banjir di Pantai Timur yang dikatakan lebih buruk berbanding tahun 2014.

image is not available

Abang Viva tengah kumpul modal dan orang untuk ke sana

Ujarnya, dia akan ke sana jika kos perjalanan untuk ke negeri Pantai Timur mencukupi bagi memberikan bantuan untuk mereka yang sedang memerlukan.

Jelasnya, dia mengakui sedang mengumpul modal serta orang untuk sama-sama bergerak ke sana bagi misi bantuan banjir kali ini.

“Pantai timur semakin memburuk.. adakah jadi mcam 2014? insha’Allah sya akan turun ke sna jika kos untuk sya mencukupi,” katanya.

image is not available

Abang Viva alu-alukan mereka yang mahu membantu

Walaupun tiada sebarang paksaan, Abang Viva terbuka untuk menerima sebarang sumbangan bagi memastikan misi bantuan banjir ini terlaksana lebih-lebih lagi melihat keadaan banjir yang kian memburuk.

“jika ada sesiapa yang nak turut serta membantu bagi mencukupkan keperluan boleh DM saya..

“Tiada paksaan untuk mana-mana pihak. Jujurnya saya sedang mengumpulkan orang dan modal untuk ke sana..” tulisnya.

Banjir kali ni memang lagi teruk dari 2014

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang mengikuti Abang Viva sejak dia tular beberapa tahun lalu lagi.

Kebanyakkan mereka mendoakan agar urusan individu itu dipermudah dan berharap supaya ramai yang menderma ke Pertubuhan Kebajikan Abang V-Va yang dikendalikan oleh pihaknya.

image is not available

Semoga urusan dipermudah

image is not available

Difahamkan, keadaan banjir di Pantai Timur semakin memburuk susulan hujan lebat yang tidak henti-henti sejak beberapa hari.

Pihak Met Malaysia juga sudah mengeluarkan amaran dan meminta orang ramai berwaspada lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan berisiko untuk sentiasa mengambil tahu keadaan cuaca setempat bagi bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan banjir.

Sumber: Facebook Azwan Omar