Abang Viva Dah Berdamai Dengan Keluarga, Bakal Bersanding Hujung Tahun Ini

Entertainment
25 Oct 2022 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, hero banjir yang digelar Abang Viva telah menjadi tumpuan berikutan dengan kisah rumah tangganya berkenaan konflik dengan ahli keluarga yang dikatakan tidak tahu yang Azwan Omar telah berkahwin dengan gadis pilihannya.

Walaubagaimanapun, kemelut antara keluarga ini akhirnya telah diselesaikan, malah hubungannya bersama kelaurga sudah seperti sediakala.

 

Perselisihan faham telah diselesaikan

Dalam perkongsiannya di Facebook, Abang Viva turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

Malah, Abang Viva turut menjelaskan bahawa segala maklumat yang dibincangkan dengan keluarganya itu akan dirahsiakan selepas membuat permohonan maaf kepada umum.

image is not available

“Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi..dan saya berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan…biarlah apa yang berlaku dan apa yang kami bincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami.”

Dalam pada itu, Abang Viva berharap agar tiada lagi persalan atau pertanyaan kepada ibu bapanya dan segala perkara yang ingin ditujukan terus kepadanya sahaja.

Malah, Abang Viva juga menyatakan bahawa bulan 12 nanti dia akan bersanding dengan suri hatinya itu.

image is not available

“Jika ada kebencian ,pertanyaan atau apa2 boleh terus kepada saya sahaja..biarlah saya seorang yang menanggung segala beban..bukan keluarga saya.. Insha’allah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini.”

alhamdullillah segala perselisihan faham telah diselesaikan..dan kami menjadi seperti dahulu kembali..terima kasih…

Posted by Azwan Omar on Sunday, October 23, 2022

Bahkan, Abang Bomba yang mengendalikan tempat mencuci kereta itu juga memohon maaf kepada pelanggan kerana terpaksa menghentikan operasi perniagaan disebabkan hal ini, namun akan kembali dalam masa terdekat.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.