Abby Abadi Bangga Marissa Dania Ceburi Bidang Perniagaan, Dedah Perangai Sebenar Anak - “Dari Tak Pandai Serba Serbi, Malu Itu Ini…”

3 Feb 2025 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa bangga dengan anak perempuannya, Marissa Dania yang kini mempunyai perniagaan tudung.


Marissa pandai bawa diri

Menurut Abby, berbekalkan semangat dan usahanya sendiri, Marissa akhirnya berjaya mengeluarkan produk jenama tudungnya iaitu MRS.


 

“Hebat anak mama,  @marissadania_ . Nampak sangat berdikari. Pandai bawa diri tanpa mengharapkan siapa-siapa.
 
“Dari tak pandai serba serbi, malu itu ini, tak pandai bersembang sangat, sampai dah ada produk sendiri, MRS dan pandai buat live dah sekarang ini.

 


“Yang mama pakai ni bawal satin dari brand MRS la ni,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

 

Lebih yakin selepas ceburi perniagaan

Bercerita lanjut mengenai anaknya, Abby mendedahkan Marissa merupakan seorang yang penyegan dan tidak pandai bersembang.


 


Namun semuanya berubah selepas menceburi bidang perniagaan dan Marissa kelihatan lebih yakin dengan dirinya sendiri.


 

“Samalah dengan mamanya pun, zaman TikTok lambat mulanya berjualan secara live ni, sebab apa? 
 
“Sebab segan sebenarnya, tak pandai nak bersembang lama-lama, takutkan itu takutkan ini, takut syok sendiri.

 


“Sudahnya jalani sahaja, kena kuatkan diri, kuatkan semangat! Kita semua boleh! Malaysia boleh! Hehe..


2014 mula berniaga, jual itu jual ini cuma tinggal tak jual orang je hihi,” tulisnya.


 


Dalam pada itu, Abby berharap 2025 bakal menjadi tahun yang baik buat mereka sekeluarga mencari rezeki.


 


“2025 lah main kain balik. Semoga ada jalan yang baik untuk kami mencari rezeki. Doakan yang baik-baik okay semua. Mana yang kurang, harap diberi peluang,” coretnya.