Abby Abadi buat muka, ‘berbulu’ tengok Norman Hakim makan bersuap dengan Memey

Entertainment
28 May 2024 • 12:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Video pelakon Abby Abadi buat muka semasa keluar bersama bekas suami, Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza meraih perhatian daripada warga maya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Abby telah memuat naik video memaparkan mereka bertiga sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Video Abby Abadi buat muka

Namun,apa yang melucukan pada video itu adalah apabila Abby membuat muka melihat kemesraan Norman dan isterinya.

“POV: bila seronok sangat makan bersuap, tak sedar orang depan berbulu,” tulisnya dalam video tersebut.

Sementara itu, video tersebut turut memaparkan Memey menyuapkan makanan kepada Norman dan Abby memandang mereka dengan muka yang kurang senang.

Sekadar bergurau, Abby Abadi buat muka

image is not available

Bagaimanapun, pada ruangan kapsyen Abby jelas-jelas menyatakan video tersebut hanyalah gurauan dan pandangannya itu tidak mempunyai maksud apa-apa.

“Kita suruh Memey ambilkan video saya tadi, sebab saya dah ambil banyak video muka dia. Nak edit buat video, balancelah kan.

“Tapi bila tengok balik, takde ye. Pastu makan pula bersuap-supa depan saya, cari gaduhlah korang ni,” selorohnya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat Abby yang berpura-pura membuat muka melihat kemesraan pasangan itu.

Memey suap Abby pula

image is not available

Muka main peranan ye

image is not available

Comel laa

image is not available

Amboi mata

image is not available

Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada 2002 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum bercerai pada 2008.

Norman kemudian berkahwin semula dengan Memey, yang juga merupakan pelakon pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Manakala, Abby juga berkahwin semula dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata namun telah meninggal dunia pada 2019.

Namun begitu, Abby dan Muhammad Faizal telah mengambil tiga orang anak angkat yang mewarnai kehidupan mereka.

Sumber: Instagram Abby Abadi