“Kawan tidak, musuh juga tidak” – Umisya Mazlan Jawab Status Hubungan Dengan Marissa Dania

Entertainment
8 May 2024 • 4:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania kini menjalani hidup bermadu dengan Umisya Mazlan, kedua-dua mereka merupakan isteri kepada Ahmad Aslam.

Pelbagai kontroversi melanda pasangan suami isteri ini, sudah pastinya ramai yang tertanya-tanya status hubungan Marissa dan madunya, Umisya.

Menurut laporan Kosmo!, Umisya yang juga seorang personaliti media sosial itu mengakui masih ada jarak di antara mereka berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misya (@umisyamazlan)

Difahamkan, Umisya yang mesra disapa Misya itu berkata meskipun tidak bermusuh, mereka berdua juga tidak saling berhubung bagi memaklumkan tentang kehidupan masing-masing.

“Saya tak bermusuh pun dengan dia sekarang cuma ada gap. Kami buat hal masing-masing dan tidak update pun pasal kehidupan satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu, Misya juga berkata hubungan mereka tidaklah dalam keadaan yang baik tetapi tidak juga bergaduh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marissa Dania Hakim (@marissadania_)

“Saya pernah berbaik dengan dia. Ketika ini, kami nak kata berkawan pun tidak, musuh juga tidak.

Anda juga boleh fikir kalau dia baik dengan saya, tak mungkinlah dia block semua komen tentang saya dalam akaun media sosial dia,” katanya lagi.

Sebagai info, Marissa dan Ahmad Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.