Abby Abadi Dedah Tak Ikut Langsung Perkembangan Elite Lepas Undur Diri!

EntertainmentLifestyle
2 Jul 2025 • 11:29 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia abby Abadi Elite

Penyanyi dan pelakon terkenal, Abby Abadi mendedahkan bahawa beliau langsung tidak mengikuti perkembangan kumpulan Elite selepas mengambil keputusan untuk mengundurkan diri pada tahun 1997.

Menurut laporan Harian Metro, Abby merupakan antara ahli asal Elite yang ditubuhkan di bawah label KRU pada 1996 dan pernah terlibat dalam dua album, Catwalk dan Tamparan.

Saya tak ingat pun bila saya keluar dari Elite. Tapi lepas tu, saya memang tak ikut perkembangan mereka.

“Saya tak merajuk, tapi..” – Abby Abadi

image is not available

Menjawab persoalan mengenai punca pengunduran, Abby menegaskan bahawa bukan kerana merajuk atau mahu aktif berlakon, sebaliknya keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri.

Saya tak merajuk dengan sesiapa pun. Tapi saya tak tahu apa dorongan saya waktu tu… keputusan tu datang dari diri saya sendiri.

Beliau juga mula aktif dalam dunia lakonan sekitar tahun 2000, menerusi siri ikonik Gerak Khas.

Masih rapat dengan ahli Elite, sering bantu perniagaan Azza

image is not available

Walaupun tidak lagi bersama Elite, Abby tetap mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan lamanya dalam kumpulan itu.

Hubungan saya dengan rakan Elite tetap baik sampai sekarang. Saya selalu bersama Azza dan bantu perniagaannya.

Pssttt! Kadang-kadang, keputusan yang kita buat secara spontan boleh bawa kita ke jalan yang lebih baik. Yang penting, kekalkan silaturrahim walau arah hidup berbeza.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.