Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

23 Nov 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.

Tips mudah solat

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, berkata tidak perlu solekan mata dan hanya pakai cermin mata hitam selain memerlukan tisu basah untuk memadam gincu dan bedak.

 

“Tips mudah nak solat, pakai spec (cermin mata hitam) saja berjalan. Jadi bila masuk waktu, pakai tisu basah saja lap lipstick, bedak… ambil wudhu, boleh solat terus,” katanya.

 

Pada perkongsian yang sama, pelakon berusia 46 tahun ini memberitahu solekan mata seperti mascara dan eyeliner akan menyukarkan seseorang itu nak membersihkan wajahnya untuk mengambil wudhu.

“Make up mata terutama mascara, eyeliner, susahkan nak padam. Jadi spec saja. Nampak comel juga. Solat okay awak, tak solat nak jadi apa?,” kongsi Abby.