Abby Abadi Sambut Hari Lahir Danisha, Kehadiran Marissa Dania Pula Tarik Perhatian Netizen - “Mama Sayang Semua Anak-Anak…”

16 Sep 2024 • 10:58 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Abby Abadi berkongsi momen dia sekeluarga membuat kejutan hari lahir buat anak perempuannya Maria Danisha Hakim pada malam, Ahad.

Ucapan terima kasih

Menerusi perkongsian itu, Abby mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya iaitu aktor Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza yang merancang majlis sambutan itu.

 

“Malam tadi. Cerita tentang baby besar kita lagi. Maria Danisha Hakim akan sambut birthday yang ke-16 pada 17 September ni tapi sebab takut tak dapat berkumpul date tu, kami awalkan sikit majlisnya.

 

“Terima kasih mummy @memeysuhaiza tolong uruskan apa yang patut. Papa juga sekali @normanhakim_786,
terima kasih payung (belanja). Abah juga yang selalu ada @jai_faizal147.

 

“Kali ni Mamanya buntu! Sebab anak-anak kecil tak ada… ingat tak nak sambut dulu tapi takpalah. Nanti diaorang balik, sambut lain ya. Abang, adik, baby sekali lagi dengan adik-adik ok,” katanya.

Luahan kasih sayang


Pada perkongsian yang sama, Abby turut berkongsi momen mereka melakukan kejutan buat Danisha selain meluahkan rasa sayangnya terhadap semua anak-anak.


“Kebetulan mummy, papa check in di Sunway, jadi sambut kat situ saja. Sampai-sampai mama bawa Baby pergi toilet jap, abah baik dulu bawa kek hadiah semua. Lepas itu kami naik! suprise Baby!


“Love you to the moon & back ok! Paling manja, paling mengada, anak yang baik, yang hebat dan semoga berjaya dunia akhirat. Kurangkan sentap, jangan asyik menangis saja ok.

“Mama sayang semua anak-anak mama, abang, adik, Dayan, Dayana, Darda... sayang semua termasuk baby besar mama ni… dunia akhirat. Sentiasa doakan mama, abah, papa dan mummy ok,” ujarnya lagi.

Apa yang menarik perhatian netizen lagi apabila melihat kehadiran Marissa Dania Hakim yang turut meraikan bersama ulang tahun kelahiran adiknya.