Abby Abadi setuju umur 6 tahun masuk darjah 1 – “Yang tidak mampu, tak perlu”

LocalFamily & Parenting
22 Jan 2026 • 11:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Abby Abadi bersetuju dengan dasar pendidikan baharu yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk anak-anak berumur enam tahun memasuki darjah satu sebagai pilihan bermula tahun 2027.

Menerusi hantaran di Threads, Abby berkongsi pengalaman menghantar anaknya sendiri memasuki alam persekolahan seawal usia enam tahun dan tidak menafikan banyak perkembangan positif terhadap tahap pendidikan mereka.

Setuju enam tahun masuk darjah satu

image is not available

“Saya tak terkejut tahun depan PMX umum agar ibu bapa yang bersedia untuk mulakan persekolahan anak-anak mereka pada usia enam tahun.
“Anak saya pun memang umur tujuh tahun tapi dah darjah dua. Memang umur mereka enam tahun dah bersekolah,” ciapannya, semalam.

Dalam pada itu, dia memberitahu biarpun memasuki alam persekolahan sedikit lebih awal, anaknya itu dilihat tidak berdepan sebarang bentuk tekanan dalam menuntut ilmu.

image is not available

“Alhamdulillah tak nampak mereka tertekan pun. Dah pandai membaca, syukur,” jelasnya.

Bagaimanapun, Abby menegaskan menghantar anak ke sekolah pada usia enam tahun bukanlah sesuatu kewajiban tetapi perlu juga mengambil kira tahap kemampuan ibu bapa.

“Jadinya, yang berkemampuan silakan. Yang tak mampu, hidupkan ada pilihan. Tak nak, tak payah. Kan mudah,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Abby Abadi berangan anak perempuan diraikan dalam majlis sanding indah – “Dia juga berhak..”

Terdahulu, pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun manakala Darjah Satu pula bermula usia enam tahun bermula tahun hadapan.

Sumber: Threads abbyabadi_112