Abby Abadi Tak Tahu Marissa Dania Bersalin Bayi Pramatang -”Saya Tak Tahu Nak Nasihat Apa”

LocalEntertainment
24 Aug 2024 • 7:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Abby Abadi akui tidak tahu bahawa anak perempuannya, Marissa Dania dilaporkan bersalin bayi pra matang ketika usia kandungannya enam bulan.

Menurut aktres berusia 47 tahun itu, dia masih belum mendapat sebarang berita yang sahih daripada Marissa sendiri berkenaan berita tersebut.

Tak tahu (berita Marissa keguguran). Serba tak tahu buat masa sekarang. Saya tak tahu nak nasihat apa.

image is not available

Sementara itu, komen daripada bapa Marissa iaitu aktor Norman Hakim masih belum diperolehi memandangkan usaha untuk menghubunginya tidak berhasil.

Terdahulu, media melaporkan bayi sulung Marissa dan suaminya, Asla meninggal dunia ketika dilahirkan.

Marissa sebelum itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara bersama Aslam.

image is not available 2 days ago

Dilahirkan Pra Matang, Bayi Sulung Marissa Dania & Aslam Meninggal Dunia