“Misya Sendiri Datang Ziarah Jenazah” – Netizen Fitnah Umisya Gembira Madu Keguguran, Kakak Tampil Bersuara

LocalEntertainment
24 Aug 2024 • 9:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
umisya

Tular di media sosial hari ini berita duka melibatkan zuriat sulung model muslimah, Marissa Dania yang dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.

Difahamkan, Marissa telah melahirkan bayi pramatang ketika usia kandungannya memasuki enam bulan.

image is not available

Berita yang tersebar menyebabkan ada netizen memetik nama madunya, Umisya Mazlan. Netizen tanpa usul periksa telah menuduh Umisya bergembira dengan kehilangan tersebut.

image is not available

Tampil membidas tuduhan, kakak Umisya iaitu Sella Mazlan berkata adiknya turut terkejut dan bersedih dengan kehilangan baby M.

image is not available

Sebagai seorang ibu, sudah tentu Umisya turut bersimpati tambahan pula dia juga kini sedang berbadan dua.

Adik kami Misya sendiri datang ziarah jenazah, mandikan jenazah dan solatkan juga untuk arwah baby M. Umisya Mazlan adik kami tidak seronok malah apa yang dikeluarkan dari mulutnya, ” ini semua ujian yang Allah aturkan untuk kita”.

Sella berpesan supaya orang ramai menjaga kata-kata dan tidak meninggalkan sembarangan komen. Mereka turut berdukacita dan mengucapkan salam takziah kepada Marissa dan keluarganya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Sella Mazlan