Abdul Azeez Pakai Baju Lokap, Gari Atas Kehendak Sendiri - SPRM

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 8:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Abdul Azeez Pakai Baju Lokap, Gari Atas Kehendak Sendiri - SPRM

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kehadiran bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ke Mahkamah Sesyen di sini semalam dengan memakai baju lokap ungu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tangan bergari adalah atas kehendak beliau sendiri.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan Abdul Azeez telah dinasihatkan oleh pegawai SPRM dan polis pengiring serta peguam bela beliau sendiri supaya menukar kepada pakaian biasa selain tidak perlu digari.

"Bagaimanapun, beliau berkeras untuk kekal memakai pakaian lokap dan juga gari berkenaan sehingga proses pertuduhan selesai dibacakan.

"Justeru, SPRM ingin menegaskan bahawa pemakaian baju lokap dan gari terhadap beliau bukan atas arahan atau kehendak mana-mana pihak, khususnya SPRM," menurut kenyataan itu

Sehubungan dengan itu, SPRM meminta orang ramai mengelak membuat sebarang spekulasi tidak berasas atau menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung perkara berkenaan.

Baca juga:

Terdahulu, Abdul Azeez didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi TH bagi mendapatkan suapan jawatan pengerusi di sebuah syarikat dan meyakinkan Ahli Lembaga TH supaya bersetuju meluluskan cadangan pelaburan RM193.5 juta dalam syarikat berkenaan, 12 tahun lepas.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, dan dibenarkan diikat jamin RM450,000 dengan dua penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap tiga bulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Nov depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved