Abdul El-Sayed Jadi Calon Muslim Pertama Demokrat Ke Senat AS, Berdepan Gelombang Sentimen Anti-Islam

WorldPolitics
28 Oct 2026 • 3:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Abdul El-Sayed mencipta sejarah di Michigan selepas menjadi calon Muslim pertama yang dicalonkan Parti Demokrat untuk bertanding kerusi Senat Amerika Syarikat (AS).

View this post on Instagram

Advertisement

Calon Muslim Pertama Bertanding Kerusi Senat AS

Namun, pencalonannya turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Islam Amerika susulan peningkatan retorik dan sentimen anti-Islam di negara itu.

Beberapa pemimpin Republikan, termasuk Presiden Donald Trump, mula menggunakan nama penuh El-Sayed, Abdulrahman Mohamed El-Sayed, ketika menyerangnya secara politik dan menggambarkannya sebagai ancaman kepada keselamatan Amerika.

U.S. Rep. Nancy Mace dari Republikan turut mendakwa setiap Muslim yang memegang jawatan awam di AS sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Bagaimanapun, El-Sayed melihat serangan sedemikian sebagai kelemahan pihak yang melancarkannya.

El-Sayaed Berdepan Ancaman Perkauman Dan Agama

“Kita semua berdoa untuk perkara yang sama. … Kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kita. Mereka akan menggunakan Islamofobia kerana idea mereka sudah tidak lagi relevan.”

Sentimen anti-Islam itu juga dilaporkan melangkaui dunia politik apabila beberapa komuniti di AS menentang cadangan pembinaan masjid baharu.

View this post on Instagram

Menurut Edward Ahmed Mitchell daripada Council on American-Islamic Relations (CAIR), masyarakat Islam Amerika telah mencapai kemajuan besar dari segi politik dan sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk peningkatan keterlihatan dalam bidang hiburan dan sukan serta pemilihan Zohran Mamdani sebagai datuk bandar Muslim pertama New York.

Namun, katanya, perkembangan tersebut turut disusuli tindak balas yang semakin ketara termasuk peningkatan kebencian dan retorik anti-Islam serta sasaran terhadap masjid.

Untuk rekod, El-Sayed kini bertanding dalam pilihan raya Senat Michigan menentang calon Republikan Mike Rogers. Jika menang pada pilihan raya 3 November, beliau bakal menjadi senator Muslim pertama dalam sejarah AS.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Abdul El-Sayed Jadi Calon Muslim Pertama Demokrat Ke Senat AS, Berdepan Gelombang Sentimen Anti-Islam2026-10-28 15:21:30

Mengadu Tak Sihat, Tun Dr Mahathir Bergegas Pulang Sebelum Majlis Tahlil Isteri Tercinta

The post Abdul El-Sayed Jadi Calon Muslim Pertama Demokrat Ke Senat AS, Berdepan Gelombang Sentimen Anti-Islam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved