PRN Melaka: PH letak calon di 18 hingga 21 kerusi DUN

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 10:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: PH letak calon di 18 hingga 21 kerusi DUN

KUALA LUMPUR-  Pakatan Harapan (PH) akan meletakkan calon di 18 hingga 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana tiada keperluan untuk bertanding di semua 28 kerusi.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, parti itu mempunyai potensi di 18 kerusi mengambil kira aspek kekuatan jentera, keupayaan calon dan penerimaan pengundi di sesuatu kawasan.

Katanya, hasrat PH Melaka bagaimanapun hanya akan dimuktamadkan melalui mesyuarat Majlis Presiden PH, esok sebelum diumumkan Sabtu ini.

“Saya tak fikir PH akan bertanding semua kerusi. Daripada awal kita sudah tahu kita tidak akan bertanding 28 kerusi, sebaliknya memberi tumpuan pada kerusi yang kita ada kekuatan berdasarkan tiga faktor yang disebut.

“Kita rasa strategi itu lebih baik… kalau kita lihat di Johor dan Negeri Sembilan, kita bertanding solo pada keseluruhan kerusi, namun di Melaka kita ambil langkah strategik.

“Kita bertanding di kerusi yang kita rasa ada keupayaan, bermula dengan 18 dan kita akan lihat lagi kerusi yang ada potensi,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan, parti itu akan bertanding di lapan kerusi, manakala dua parti komponen PH lain iaitu PKRdan DAP masing-masing sembilan dan lapan kerusi.

PRN Melaka akan berlangsung 14 November ini dengan penamaan calon ditetapkan 31 Oktober.

Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, PH mempunyai peluang lebih baik untuk menang dengan menumpukan kepada hanya kerusi berpotensi,

Menjawab dakwaan PH tidak bertanding di semua 28 kerusi bagi memberi laluan kepada rakan kerjasama iaitu Bersatu, Adly bagaimanapun berkata buat masa ini PH menumpukan fokus menghadapi PRN secara sendiri.

Beliau berkata, tiada rundingan dibuat di peringkat negeri berhubung kerjasama itu, sebaliknya hanya membabitkan kerusi akan ditandingi PH.

Selalunya orang akan melihat kalau ada kerjasama politik, tiada pertembungan namun fokus kita adalah bagaimana kita boleh memberikan tumpuan pada kerusi yang ingin ditandingi.

“Kita tidak bincang kerjasama itu sebaliknya hanya membincangkan mengenai kerusi yang kita akan tandingi, tiada perbincangan khusus, ia hanya dibuat antara parti ke parti,” katanya.

The post PRN Melaka: PH letak calon di 18 hingga 21 kerusi DUN appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved