Abdul Fuad dilantik Komander Esscom baharu

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 4:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Abdul Fuad dilantik Komander Esscom baharu

Kota Kinabalu: Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Sabah Datuk Abdul Fuad Abdul Malek dilantik sebagai Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Victor Sanjos yang sebelum ini menerajui Esscom sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis (CP) Sabah.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Komander Esscom diadakan di Menara Kinabalu di sini pada Khamis, disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Victor.

Pada majlis itu, Abdul Fuad turut menjalani upacara kenaikan pangkat yang disempurnakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, sebelum upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Komander Esscom berlangsung.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan sijil serah terima tugas serta tongkat kuasa Komander Esscom sebagai simbol penyerahan tanggungjawab dan kepimpinan pasukan keselamatan itu.

Esscom yang ditubuhkan pada 1 April 2013 di Lahad Datu, Sabah, berperanan sebagai agensi peneraju keselamatan yang bertanggungjawab menyelaras operasi kawalan sempadan daratan dan maritim di 10 daerah dalam Zon Selamat Sabah Timur (Esszone), merangkumi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved