Polis tumpas sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai di Sabah 

20 Nov 2026 • 5:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis tumpas sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai di Sabah 

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penyimpanan dan pengedaran minuman keras tidak bercukai membabitkan anggaran rampasan keseluruhan RM13.92 juta dalam serbuan di Penampang, Sabah, semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata rampasan menerusi Ops Taring Alpha 2 pada 10.15 pagi dilaksanakan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK).

Serbuan yang menyasarkan sebuah premis penyimpanan berasaskan kontena itu turut menahan dua lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang dipercayai berperanan sebagai penjaga stor dan penghantar.

“Pemeriksaan di premis itu menemukan kira-kira 396,000 tin minuman keras pelbagai jenama diseludup dan disimpan di dalam beberapa kenderaan pengangkut serta kontena. 

“Premis itu dipercayai dijadikan tempat penyimpanan dan pengedaran minuman keras selama kira-kira enam bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Yusri berkata dua lelaki itu dipercayai menerima gaji kira-kira RM3,000 sebulan daripada seorang lelaki warga asing dikenali sebagai “Teck”.

Beliau berkata nilai rampasan merangkumi minuman keras RM13,068,000, pelbagai lori (RM850,000) dan tiga telefon bimbit (RM3,000).

Suspek serta barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Sabah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved