Abdul Hadi sambut hari lahir Ustaz Azhar Idrus – “Indahnya akhlak sesama murabbi”

LocalPolitics
14 Feb 2025 • 11:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sambut hari lahir

Baru-baru ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sambut hari lahir pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam sebuah majlis sederhana.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @officialpemudarusila di laman TikToknya, majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu lain di sebuah kediaman di Terengganu.

Sambut hari lahir

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat Abdul Hadi atau lebih mesra disapa Ayah Chik yang ketika itu sedang duduk di kerusi menyuap Azhar dengan pulut kuning sebagai tanda meraikan ulang tahun kelahiran pendakwah tersebut.

“Semoga sihat sentiasa murabbi,” ujar pemilik video itu di ruangan kapsyen.

Sambut hari lahir

image is not available

image is not available

image is not available

Ramai sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat akhlak serta hubungan antara kedua-dua ulama ini yang tidak pernah berhenti berjuang dalam menyebarkan dakwah Islam.

Malah, ada juga segelintir individu memberi nasihat kepada orang lain untuk tidak memikirkan soal politik dan menghormati mereka yang telah banyak berkorban untuk agama.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Semoga terus dipanjangkan umur

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar segala urusan Abdul Hadi dan Azhar dipermudahkan selalu dan sentiasa dilindungi Allah.

image is not availableimage is not available

Terdahulu, Ustaz Azhar Idrus menyambut ulang tahun kelahiran ke-61 tahun bersama ahli keluarga tersayang, pada 12 Februari.

Sumber: TikTok @officialpemudarusila