UAI sambut ulang tahun kelahiran ke-61 bersama keluarga tersayang

LocalEntertainment
12 Feb 2025 • 12:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyambut ulang tahun kelahiran ke-61 tahun bersama ahli keluarga tersayang, hari ini.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh anak lelakinya yang dikenali sebagai Ikhwan Najmi di laman TikTok, dapat dilihat beliau menerima kejutan daripada anak-anak serta cucu-cucunya sebaik sahaja membuka pintu kediamannya.

Ulang tahun kelahiran ke-61

@ikhwannajmi7

selamat hari lahir ayahanda tercinta #uai #12feb

♬ suara asli - - mentahanlirikku

Dalam perkongsian itu juga, terdapat sebiji kek tertulis ‘sanah helwah Abi’ dihiasi yang dengan kamera yang menjadi simbolik bahawa fotografi adalah hobi Azhar ketika waktu lapang.

“Selamat hari lahir ayahanda tercinta,” ujar Ikhwan ringkas di ruangan kapsyen.

Ulang tahun kelahiran ke-61

image is not available

image is not available

image is not available

Apa yang menarik perhatian ramai, sambutan yang diraikan dengan penuh kemeriahan itu turut diserikan dengan aktiviti pemberian hadiah daripada anak-anak dan cucu-cucunya.

Sehingga kini, video yang berdurasi satu minit itu mendapat lebih 758,000 tontonan dan raih lebih 58,000 tanda suka daripada warganet selepas dimuat naik di aplikasi tersebut, semalam.

Selamat hari lahir ustaz!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang bahagia apabila melihat ikatan silaturahim keluarga beliau selain menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran buat pendakwah tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga dipanjangkan umur, terus kuat sebarkan dakwah

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar segala urusan Azhar dalam menyebarkan dakwah dipermudahkan dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik selalu.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Ikhwan Najmi