Abdul Hadi Sudah Keluar IJN – “Tuan Guru Dinasihatkan Untuk Berehat”

Politics
11 Jan 2024 • 2:26 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan sudah keluar dan dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut laporan Berita Harian, perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menjelaskan Ahli Parlimen Marang itu perlu direhatkan daripada melakukan sebarang kerja.

Abdul Hadi sudah keluar IJN

image is not available

“Alhamdulillah, ya ayahanda tuan guru sudah dibenarkan keluar dan keadaannya semakin baik. Namun, ayahanda tuan guru dinasihatkan untuk terus berehat dan semua diminta memberikan ruang kepadanya,” katanya.

Untuk pengetahuan semua, pada 1 Januari lalu Abdul Hadi Awang telah dimasukkan kepada IJN untuk pemeriksaan rutin kesihatan yang ditetapkan.

image is not available

PAS President Hadi Awang .(28th May 2022)–.RONNIE CHIN/The Star

Beliau tidak dibenarkan menerima pelawat sepanjang 10 hari menerima rawatan malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menemuinya di hospital pada 5 Januari lalu.

Sumber: Berita Harian (Rohaniza Idris)