KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional.
Takiyuddin berkata, ini kerana Perlembagaan PN tiada peruntukan yang menetapkan jawatan pengerusi gabungan itu mesti dipilih dalam kalangan presiden parti anggota.
"Jadi Pas berpandangan jika di kalangan parti anggota bersetuju Pas menjadi parti yang menganggotai PN, maka sesiapa sahaja yang dicalonkan atau diusulkan oleh Pas untuk memegang jawatan berkenaan adalah layak.
“Jawatan itu tidak semestinya diberikan kepada Presiden Pas semata-mata.
"Itu yang kita faham berdasarkan kepada peruntukan dalam Perlembagaan,” katanya ketika dalam sidang media Timbalan Setiausaha Agung PN di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut di sini pada Isnin.
AKAN MENYUSUL
