‘Mesyuarat PN ini untuk ahli Majlis Tertinggi sahaja’ – Takiyuddin

LocalPolitics
26 Jan 2026 • 4:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Luar Biasa Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung pada Khamis hanya melibatkan ahli Majlis Tertinggi yang masih sah menyandang jawatan.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat berkenaan tidak menyenaraikan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan bekas Perdana Menteri itu telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

"Apabila Muhyiddin telah meletakkan jawatan, beliau bukan lagi anggota PN. Sebab itu kita tidak panggil dan (peletakkan jawatan itu) berkuatkuasa 1 Januari 2026. 

"Perlembagaan PN ini agak pelik juga yang mana pengerusi PN memegang jawatan selagi dikehendaki oleh Majlis Tertinggi walaupun 10 hingga 20 tahun.

"Pemahaman saya, kita hanya panggil ahli Majlis Tertinggi sahaja. Kalau ada satu keputusan lain yang tafsir Perlembagaan ini, sebagai Timbalan Setiausaha Agung, saya akur," katanya ketika dalam sidang media Timbalan Setiausaha Agung PN di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut pada Isnin.

AKAN MENYUSUL