Abdul Latif Romly Muncul Juara Di Kejohanan Olahraga Para Dunia Paris

17 Jul 2023 • 6:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Abdul Latif Romly Muncul Juara Di Kejohanan Olahraga Para Dunia Paris

Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly dilaporkan berjaya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia Paris 2023 hari ini.

Menerusi ciapan Astro Arena, jaguh lompat jauh Para negara itu cemerlang dengan mencatatkan lompatan sejauh 7.40 meter. Ia sekaligus menjadi rekod baharu kejohanan.

Kemenangan itu sekaligus menyaksikannya dapat menempah slot secara merit ke Sukan Paralimpik 2024.

Dalam pada itu, pingat Perak dimenangi oleh Noah Vucsics dari Kanada yang mencatat lompatan sejauh 7.35 meter.

Manakala, atlet dari Greece, Athanasios Prodomou berada di tempat ketiga dengan catatan lompatan 7.12 meter.

Sebelum ini, Latif telah meletakkan kejohanan ini sebagai sasaran terbesarnya pada tahun 2023.

Memetik laporan Stadium Astro, atlet itu berkata dia ingin merampas semula gelaran yang terlepas pada 2019.

Menurut Bernama, Latif mengulangi pencapaian pingat emas dimenanginya pada 2015 di Doha dan 2017 di London sebelum terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada 2019.

Sumber: Astro Arena

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved