
PETALING JAYA: Gerakan dakwah perlu terus menjadi pemangkin dalam membina masyarakat, mendidik generasi dan memperjuangkan kebajikan golongan memerlukan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan itu dizahirkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sepanjang 55 tahun penubuhannya sebagai sebuah gerakan berteraskan perjuangan mahasiswa dan dakwah.
“Suara dakwah bukan sekadar bergema di mimbar, sebaliknya menjadi denyut yang menghidupkan umat menerusi usaha menyantuni golongan mustadh’afin (tertindas), mengangkat
martabat insan dan menyalakan obor perjuangan berlandaskan nilai Islam.
“Semoga pada usia ke-55 ini, ABIM terus menjadi pohon yang akarnya teguh mencengkam nilai, kukuh menahan badai dan dahannya terus rendang menaungi umat.
“Selamat menyambut ulang tahun ke-55,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.-UTUSAN
The post ABIM terus jadi pemangkin umat appeared first on Utusan Malaysia.

