Acah Guna Pistol Mainan, Lelaki 36 Tahun Di Kuching Ditahan

7 Jan 2025 • 1:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Prank membawa padah, polis tahan lelaki berbasikal dengan pistol mainan di Jalan Tun Jugah

Acah Guna Pistol Mainan, Lelaki 36 Tahun Di Kuching Ditahan. Kononnya hanya gurauan akhirnya membawa padah apabila seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana mengacah pistol palsu atau pistol mainan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata suspek diberkas pada jam 4.05 petang semalam (6 Jan) di Jalan Tun Jugah.

image is not available
Acah Guna Pistol Mainan, Lelaki 36 Tahun Di Kuching Ditahan. Gambar sekadar hiasan.

“Polis telah merampas satu replika pistol, sebuah basikal, dan sebuah beg yang mengandungi wang,” katanya dalam satu kenyataan, menurut laporan media tempatan.

Disiasat di Bawah Akta Senjata 1960

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun atau denda maksimum RM5,000 – atau kedua-duanya sekali.

Kejadian ini mula mendapat perhatian selepas video berdurasi 8 saat tular di media sosial, menunjukkan seorang lelaki berbasikal sambil memegang objek menyerupai pistol di Jalan Tun Jugah.

Saksi Diminta Tampil

ACP Mohd Farhan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini untuk tampil membantu siasatan. Mereka boleh menghubungi Pusat Operasi IPD Kuching di 082-24444 atau pegawai penyiasat Inspektor Nasyirah Kisun di 016-8284373.

Pistol Palsu Pun Boleh Kena Tindakan

“Orang awam dinasihatkan bahawa memiliki atau membawa pistol tiruan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang. Sebarang penyebaran video yang berkaitan juga boleh menyebabkan gangguan ketenteraman awam,” tambahnya.

Jadi, kepada sesiapa yang berangan nak buat konten ‘prank’ seperti ini – fikir masak-masak dulu. Gurauan tidak berbaloi jika akhirnya tidur dalam lokap.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes pistol palsu: